utama

ahli

diari

e-iklan

 

forum

rangkaian

 

 

 

  

 

[<<] [>>]

KURSUS MEMASAK

 

 

Sabtu, 8 Mac 2003

Jalan Damai.

(untuk ahli Cyberibu sahaja)

 

 

Dibimbing oleh Puan Norani A Aziz.

 

 

Alhamdulillah, dapatlah kita bertemu kembali di rumah Puan Norani. Ceria sekali Puan Norani menyambut kehadiran murid-muridnya. 

Sesi bermula dengan adunan bahan kek Lapis Rempah oleh Puan Norani. Setelah adunan disediakan, Puan Norani tunjukkan cara membakarnya pula. Ibu-ibu yang hadir digalakkan mencubanya. Ada yang nipis, ada yang tebal...ada pula lapis yang senget!

Sementara menanti Kek Lapis Rempah Masak, kami beralih ke resipi kedua - Kek Lapis Putih Telur. Sungguh menarik kerana kek ini menggunakan putih telur yang sering kali menjadi sisa dari bahan masakan kek lapis yang lain. Kek ini dibahagikan kepada 2 warna - 1 warna asal bersama asen vanila dan lagi satu berwarna merah, perisa strawberi. Sekali lagi kami dapat mencuba membakar kek lapis. Alhamdulillah, kali ini lapisnya menjadi! 

Terima kasih kepada Puan Norani dan semua ibu-ibu yg hadir bersama anak-anak. Insya-Allah, akan kita bertemu lagi.

 

[<<] [>>]

Arkib 2003

Arkib 2002

Arkib 2001

 

   

 

 

 © CYBERIBU 2000-2003