[<<] [>>]
PERKELAHAN
IBU & ANAK
Ahad,
22 Jun 2003
9.30 pagi - 1.00 petang
Pantai
Pasir Ris, Carpark E

Alhamdulillah,
dapat kami bertemu di tepi pantai pada cuti bulan Jun ini bersama ibu
dan anak-anak. Pada taaruf kali ini ibu-ibu
bersungguh-sungguh mendengar setiap pengenalan kerana akan diuji
pada acara kenal-kenal. Ada juga ibu yang sempat mencatit
butir para ahli! Selepas taaruf, kami mulakan acara pertama iaitu
Peraduan Melukis bertemakan ditepi pantai. Selepas itu, anak-anak
bermain dan berenang sementara ibu-ibu duduk bersembang untuk
berkenalan lebih mesra dan juga menjamu selera makanan hidangan Puan
Ainah (Purezento).
Acara
Kenal-kenal pula sungguh menarik! Setiap ibu diuji dengan
soalan-soalan mengenai rakan ahli Cyberibu. Kemudian kami beralih
kepada acara Mummyku. Setiap kumpulan dihendaki membalut seorang
anak menjadi seperti "mummy". Gelihati kami melihat
gelagat ibu dan anak-anak untuk berjaya.
Sebelum
pulang, acara pembahagian hadiah serta cenderahati dilakukan. Jam
1.30 petang, kami berangkat dari Pantai Pasir Ris.
[<<] [>>]